Oleh : Mohd Khairuddin bin Ahmad Khair

 

14 Oktober 2023, MITC, Ayer Keroh - Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka (MPP) dengan kerjasama dan sokongan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBS) , Kelab Kebajikan Staf Politeknik Melaka(KKS) , Jabatan Sukan Kokurikulum & Kebudayaan Politeknik Melaka (JSKK) dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Melaka (JHEPP ) telah mengadakan Explorace Madani Peringkat Negeri Melaka sempena Hari Sukan Negara bertempat di International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka.

Majlis pelepasan peserta Explorace Madani telah disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh diiringi bersama barisan exco kerajaan Negeri Melaka yang turut hadir bagi memeriahkan program pada pagi tersebut.

Explorace Madani terbuka kepada dua kategori iaitu kategori staf dan pelajar. Program ini disertai oleh 17 kumpulan (85 orang) daripada warga Politeknik Melaka dimana pelajar telah menghantar 12 kumpulan manakala staf telah menghantar 5 kumpulan.

Pemenang Explorace Madani menerima hadiah berbentuk wang tunai, medal dan sijil penyertaan. Hadiah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka iaitu Encik Khairul Adri Dato' Rosli diiringi Timbalan Pengarah Encik Mohd Jazwin bin Abd Rahman. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pemenang.

Kemenangan telah dirangkul oleh;
Kategori Pelajar,
Johan - Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Naib Johan - Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Ketiga - Jabatan Perdagangan

Kategori Staf,
Johan - Jabatan Kejuruteraan Awam
Naib Johan - Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Ketiga - Jabatan Kejuruteraan Elektrik