Disediakan oleh:

Siti Salbiah binti Ahmad Shariff

Pegawai Sukarelawan

 

10 Oktober 2023, Melaka - Politeknik Melaka amat berbangga dengan kejayaan pelajarnya Bernama NURAZLIN BINTI MOHD AZMAN, pelajar semester 3 dari Jabatan Perdagangan yang berjaya menamatkan Misi YSS Sabah 2023 dengan jayanya. Misi ini adalah dibawah anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN).

Misi YSS Sabah 2023 pada Kali ini telah disertai Oleh seramai 94 orang sukarelawan.  Ianya di bahagikan kepada 6 bilangan kumpulan. Sukarelawan politeknik melaka yang diwakili oleh nurazlin telah ditempatkan di KRT BIPISI di daerah Papar Sabah. Misi telah dilaksanakan selama 10 Hari, bermula Dari tarikh 5 hingga 15 September Antara aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang tempoh itu ialah Hari Sukan Rakyat, Kenduri Rakyat, Malam Kebudayaan, dan Hero Bumi Merentas Desa.

Semua Kos misi ditanggung bersama oleh pihak Kementerian Perpaduan Negara , Yayasan Sukarelawan Siswa , Politeknik Melaka dan Sukarelawan sendiri. Misi ini telah disertai oleh ramai sukarelawan dari pelbagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) Malaysia.  Berasaskan perpaduan dalam menjayakan misi, ianya berjaya  membentuk jati diri sukarelawan dengan lebih berkesan. Perbezaan kepercayaan, kaum agama dan bangsa bukan menjadi penghalang utama dalam menjayakan misi.  Semua sukarelawan telah dilatih untuk fokus kepada matlamat kejayaan untuk berjaya sebelum misi bermula.

Oleh itu hasilnya amat nyata dan berharga apabila Azlin diberikan kepercayaan oleh kumpulannnya untuk membentangkan hasil misi pada sesi pembentangan penutup Misi YSS Sabah 2023.

Semoga kejayaan Azlin ini akan menyuntik semangat kepada semua pelajar Politeknik Melaka untuk terus berbakti kepada komuniti tanpa henti.