como crear una pagina web

KHAMIS, 5 OKTOBER 2023 – Telah berlangsung program Jom Borak Santai bersama Pegawai Psikologi PMK, Pn. Amira binti Abdul Wahid. Tajuk yang dipilih adalah Jom Kenali Stress dan Cara Mengatasinya. Di awal perkongsian, Pn Amira telah berkongsi mengenai emosi. Sememangnya setiap manusia akan melalui pelbagai emosi. Emosi sekiranya tidak dibendung akan membawa kepada tekanan atau stress di kalangan manusia. Para pelajar juga diberikan ujian di awal perkongsian untuk mengetahui tahap stress yang mereka alami. 

Pihak Perpustakaan ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh Penasihat Akademik untuk kelas DJK 5C, DKA 3A dan DPI2A kerana telah menghantar dan memberi peluang kepada pelajar-pelajar ini untuk bersama-sama dengan unit perpustakaan bagi menjayakan program ini. Seramai 30 orang pelajar telah menghadiri program ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada Pegawai Psikologi di atas kesudian berkongsi ilmu bersama pelajar-pelajar PMK.

         

 

  

 

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas