PROGRAM REEF & BEACH CLEANUP DI PULAN DODOL DAN PULAU UNDAN
POLITEKNIK MELAKA - Program Reef & Beach Cleanup telah diadakan di Pulau Dodol dan di Pulau Undan, Melaka. Jabatan Kejuruteraan Elektrik(JKE) Bersama Majlis Pembangunan Pulau Melaka(MPPM), NGO dan Bahagian Konservasi serta Perlindungan Perikanan, Ibu pejabat Perikanan Malaysia telah menjalankan aktiviti tersebut. Kerjasama antara JKE, mppm,NGO dan pelbagai pihak merupakan satu contoh yang baik tentang bagaimana pelbagai pihak dapat bekerjasama untuk menjaga alam sekitar
Program ini dijangkan akan diadakan setiap bulan bagi mempastikan keadaan perairan dan pantai pulau Taman Laut dipulihara ekosistemnya agar berada di dalam keadaan baik, bersih dan indah.
Semangat kerjasama sebegini sangat penting bagi mewujudkan kesedaran dan mencintai kelestarian biodiversiti marin. Program ini merupakan kesinambungan dari aktiviti pemuliharaan terumbu karang baru-baru ini melalui kaedah penanaman propagasi karang di mana pensyarah dari JKE iaitu En. Fariz bin Ahmad Fauzi dan En. Razak Bin Shaari telah melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan kepada kedua-dua pensyarah dari JKE kerana telah membantu proses penanaman propagi karang di Pulan Dodol dan Pulan Undan dengan jayanya.
Selain itu, kedua-kedua pensyarah tersebut juga membantu dari proses pembersihan ghost net yang sangat mencabar menguji ketahanan fizikal. Hal ini kerana bukan senang bagi para penyelam bagi menaikkan jarring yang berat ke atas bot. Hasil perbincangan dan gerak kerja bersama, berjaya juga menyelesaikan sebahagian jaring tersebut dan diharapkan pada masa depan, sebahagian besar ghost nest akan berjaya dinaikkan. Nelayan setempat juga dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti menangkap ikan berdekatan Pulau Dodol dan Pulan Undan. Jabatan perikanan akan sentiasa melakukan rondaan dan penguatkuasaan disekitar Pulau Undan, Pulau Nangka dan Pulau Dodol.
Terima kasi kepada semua yang terlibat dalam usaha ini kerana menjaga dan memulihara khazanah alam semulajadi kita. Semoga usaha ini diteruskan dari semasa ke semasa dan menjadi inspirasi untuk usaha pemuliharaan alam sekitar di tempat-tempat yang lain.