PROGRAM BERSAMA KETUA JABATAN DAN WATIKAH PERLANTIKANEESTEC SERTA GOTONG ROYONG JKE

Oleh: Nor Azah Binti Sout

POLITEKNIK MELAKA - Program Bersama Ketua Jabatan  telah diadakan di Dewan Serbaguna Politeknik Melaka. Program ini dijalankan untuk mendekatkan pelajar bersama Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Kemudian program diteruskan dengan pelaksanaan Program Watikah Perlantikan ahli Persatuan EESTEC. Sijil watikah pelajar diberikan kepada AJK EESTEC yang dipilih untuk menerajui Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Pada sesi petang diteruskan pula dengan aktiviti Gotong-Royong yang melibatkan semua pelajar JKE dan staf Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) Politeknik Melaka.

 

Program ini telah melibatkan 108 pelajar dan 20 staf dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Matlamat utama program ini adalah untuk melantik dan memperkenalkan barisan Jawatankuasa Persatuan Pelajar EESTEC kepada semua pelajar JKE dan Staf JKE.

 

Program Gotong Royong JKE pada sesi petang pula diadakan bertujuan untuk memberikan sumbangan kesukarelawan dalam kalangan pelajar JKE untuk membersihkan bengkel, makmal, dan bilik kuliah JKE Politeknik Melaka bagi menyahut keperluan EKSA dan Audit ETAC yang dijalankan di Politeknik Melaka kelak.

 

Program Ramah Mesra Bersama Ketua Jabatan Elektrik ini diadakan bertujuan untuk menjalinkan hubungan silaturahim bersama semua pelajar serta staf-staf JKE dengan Ketua Jabatan untuk memberi dorongan kepada mereka dalam menyelesaikan tugas yang dipertanggungjawabkan. Selain itu, Ramah Mesra ini juga diadakan bertujuan untuk mengemukakan segala permasalahan para pelajar demi keselesaan mereka. Seterusnya, majlis ini juga diadakan untuk memberi motivasi kepada siswa dan siswi Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Melaka agar lebih bersemangat demi mencapai puncak kejayaan

 

Program Watikah Pelantikan EESTEC pula diadakan adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada semua Barisan Jawatankuasa Pelajar yang terpilih untuk menjadi pemimpin. Seterusnya, majlis ini juga diadakan untuk memberi motivasi kepada siswa dan siswi Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Melaka agar dapat mencontohi keperibadian Barisan jawatankuasa EESTEC.

 

Program Gotong Royong JKE juga dapat menggalakkan pelajar untuk memastikan semua makmal, bengkel dan bilik kuliah JKE dalam keadaan bersih dan teratur. Disamping itu juga, aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kemahiran teknikal pelajar JKE yang terlibat supaya masing-masing memainkan peranan dalam mengenalpasti peralatan, bahan dan aset jabatan. Selain itu, untuk menjadikan aktiviti ini sebagai landasan bagi melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan daya ketahanan diri yang tinggi.

 

Maklum balas peserta terhadap program ini amat positif. Semua pelajar sangat berpuas hati dengan peluang untuk berinteraksi dengan ketua jabatan dan memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang aktiviti persatuan. Mereka juga merasa gembira kerana melibatkan diri dalam sesi Watikah Perlantikan yang diadakan. Staf JKE pula merasa terharu dengan semangat gotong-royong yang ditunjukkan oleh pelajar dan berterima kasih atas bantuan mereka dalam menjaga fasiliti-fasiliti penting di jabatan ini.

 

Program ini telah diadakan pada tarikh 21 Mac 2023, bermula pada pukul 8:00 pagi dan berakhir pada pukul 4:00 petang di Dewan Serbaguna Politeknik Melaka. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Melaka dan dirasmikan oleh Ketua Jabatan, Ts Haji Mohd Nordin bin Mohd Jani.

 

Program Bersama Ketua Jabatan dan Watikah Perlantikan Ahli EESTEC serta Gotong-Royong JKE di Politeknik Melaka adalah satu pengalaman yang bermakna dan berjaya. Ia telah memperkukuhkan hubungan di antara pelajar dan staf JKE, serta memberikan peluang kepada pelajar untuk memberi sumbangan kepada komuniti kampus.

Diharapkan bahawa kerjasama seperti ini akan berterusan dan lebih banyak aktiviti sosial dan pembangunan akan dijalankan di masa depan. Program ini merupakan contoh yang baik tentang dimana pelajar boleh bekerjasama untuk mencipta persekitaran yang lebih baik dan berfaedah untuk semua.