Selamat Datang ke

POLITEKNIK
MELAKA

Peneraju Institusi TVET Yang Unggul

Hubungi Kami

Oleh :  Siti Salbiah Binti Ahmad Shariff

Sabtu. 30 September 2023, telah berlangsung dengan jayanya Program RIA-SAKUSA (Riadah Sambil Kutib Sampah) JAPERUN Bandar Hilir anjuran Jawatankuasa Pembangunan Dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Bandar Hilir, Melaka.  Program dijayakan bersama dengan penglibatan pelbagai agensi seperti Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, SWMCorp Negeri Melaka, SWM Melaka , Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Jabatan Alam Sekitar dan komuniti setempat   Penglibatan pelajar MPP, CESAC dan PRS dengan jumlah seramai 36 orang.  Program diringi oleh Pn. Siti Salbiah selaku pegawai Sukarelawan Politeknik Melaka dan dibantu oleh 3 staf iaituen Khairulzamil, en. Yusrin, dan Pn. Sirti Harni.  Antara aktiviti yang dijalankan adalah senamrobik, taklimat aktiviti ,mengutip, mengumpul, ,mengasing dan menimbang sampah mengikut jenis di sepanjang pulau Melaka. Ianya dirasmikan Oleh YB Puan Leng Chau Yen Timb. Exco Pembangunan Wanita Keluarga & Komuniti, ADUN Bandar Hilir, Melaka..  Semua sukarelawan telah berusaha bersunggguh-sungguh untuk membantu mengutip sampah demi kebersihan di Pulau Melaka.

Ikuti Kami

Berita PMK

Capaian Popular

Akses pantas kepada sistem, perkhidmatan, maklumat dan sumber digital Politeknik Melaka.

Ke Atas