BENGKEL KESELAMATAN DAN PERSEKITARAN BERKUALITI DI TEMPAT KERJA
BENGKEL KESELAMATAN DAN PERSEKITARAN BERKUALITI DI TEMPAT KERJA
Oleh: Rajandran Morthui
POLITEKNIK MELAKA - Bengkel Keselamatan Dan Persekitaran Berkualiti Di Tempat Kerja adalah program Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) Politeknik Melaka (PMK) diadakan pada 26 Julai 2023 hari Rabu dari pukul 8.45 pagi hingga 4.30 petang di bilik kuliah, makmal dan bengkel JKE bagi memastikan tahap kesediaan fasiliti berada pada keadaan baik sebelum bermulanya sesi pembelajaran dan pengajaran (pdp) sesi hadapan. Selain memastikan aspek kebersihan terjamin, pengurusan bilik kuliah, makmal dan bengkel di bawah penyeliaan JKE perlu mengikut garis panduan keselamatan dan persekitaran kerja yang berkualiti.
Objektif aktiviti ini adalah untuk memberi kesedaran keselamatan (safety awareness) dan amalan keselamatan (safety practices) di tempat kerja dan membuat penentukuran (calibration) peralatan dalam makmal dan bengkel sebelum bermula sesi akademik baharu. Selain itu, memperkasa pengurusan bilik kuliah, makmal dan bengkel dan membuat penilaian keselamatan ke atas fasiliti dan peralatan.
Untuk itu, program ini melibatkan taklimat keselamatan, penilaian tatacara keselamatan di tempat kerja dan penentukuran (calibration) beberapa peralatan di makmal dan bengkel. Justeru, tahap pengetahuan staf berkait keselamatan dan kesihatan dalam pekerjaan dapat diterapkan dan juga dapat meningkatkan keterampilan sosial serta meringankan kerja apabila dilaksanakan bersama-sama.
Selain itu, pihak JKE di bawah program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) melaksanakan program ini bagi memastikan tahap kebersihan dan pengurusan semua peralatan serta dokumen dalam keadaan yang baik sebagai persediaan menghadapi audit semula akreditasi ETAC yang akan datang.
Peserta telah diberi pendedahan dan pengetahuan berkaitan aspek keselamatan dan kebersihan, pengurusan bilik kuliah, makmal dan bengkel di bawah penyeliaan JKE yang perlu mengikut garis panduan keselamatan dan persekitaran kerja yang berkualiti. Justeru, program ini yang melibatkan taklimat keselamatan, penilaian tatacara keselamatan di tempat kerja dan penentukuran (calibration) beberapa peralatan di makmal dan bengkel berjaya dilaksanakan dengan baik.
Selain itu, tahap pengetahuan staf berkait keselamatan dan kesihatan dalam pekerjaan dapat diterapkan dan juga dapat meningkatkan keterampilan sosial serta meringankan kerja bersama. Keseluruhannya, program sebegini amat menjadi tuntutan dalam memastikan tahap keselamatan dan kesediaan fasiliti sebagai ruang kerja dan pdp berada pada tahap yang baik.