18 September 2023, Plaza Pandan Malim: World Cleanup Day bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang krisis sisa yang salah urus dengan menggerakkan semua bidang masyarakat untuk mengambil bahagian dalam tindakan pembersihan. Individu, kerajaan, syarikat dan organisasi semua digalakkan untuk mengambil bahagian dalam pembersihan dan mencari penyelesaian untuk menangani sisa yang salah diurus. Sempena sambutan World Cleanup Day 2023 yang disambut setiap tahun, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah melaksanakan satu inisiatif “Kempen Plaza Pandan Malim Bebas Puntung Rokok”. Program ini melibatkan pelajar semester 1, 3 dan 4 seramai 65 orang. Para pelajar dibahagikan kepada 6 zon dan setelah taklimat pelaksanaan diberikan, kerja mencari dan mengutip puntung rokok pun dimulakan selama 2 jam. Dalam tempoh 2 jam , sebanyak 13,928 puntung rokok dapat dikutip.Puntung rokok atau saki-baki rokok yang dihisap, boleh mempunyai kesan negatif yang ketara terhadap alam sekitar apabila dibuang secara tidak wajar.

     

   

 

Untuk mengurangkan kesan negatif puntung rokok terhadap alam sekitar, perokok hendaklah
i) membuangnya dengan betul ke dalam bekas sampah yang ditetapkan.
ii) berhenti merokok atau beralih kepada alternatif merokok yang lebih mesra alam, seperti vape atau rokok elektronik (walaupun ini juga mempunyai masalah kesihatan).
Semuga dengan kempen ini, akan menyedarkan masyarakat untuk tidak membuang puntung rokok sesuka hati mereka.

Ya, merokok merupakan hak individu. Namun alam sekitar yang bersih adalah hak anak cucu kami!

JKM LIKE NO OTHERS

#WCD2023
#HeroKebersihan
#WeCleanTheWorld