Oleh : Unit Pengurusan Psikologi

Melaka, 23 September 2023 - Politeknik Melaka telah menghantar dua kumpulan yang terdiri dari 12 orang ahli Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Politeknik Melaka menyertai Pertandingan Explorace Sempena Wellness Month 2023 yang telah dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Pertandingan tersebut telah dijalankan di Muzium Samudera & sekitar Bandar Hilir, Melaka pada 24 September 2023 yang lalu. Dalam penyertaan ini, satu kumpulan yang mewakili Politeknik Melaka telah mendapat tempat ke-3 dengan membawa pulang sebanyak RM200 & sijil pencapaian dalam pertandingan tersebut.