Disediakan oleh: Unit Pengurusan Psikologi

 

 

Unit Pengurusan Psikologi & Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Politeknik Melaka dengan kerjasama Kafeteen, LPPKN Melaka telah menganjurkan Program Cakna Diri Remaja @ LPPKN pada 19 September 2023 bertempat di Bilik Seminar, LPPKN Ayer Keroh Melaka.

Seramai 29 orang pelajar yang terdiri dari barisan Jawatankuasa PRS dari setiap jabatan telah menyertai program ini. Fasilitator bagi program ini adalah Pn Asma binti Ahmad Azraai, Pen. Peg. Pembangunan Masyarakat LPPKN Negeri Melaka, manakala telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pembangunan Pelajar, Politeknik Melaka iaitu Pn. Nor Azah binti Mat Sout.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial kepada peserta serta dapat memperbaiki diri dalam membentuk sahsiah yang terpuji. Selain itu, program ini dijalankan bagi tujuan untuk memberi pendedahan dengan lebih mendalam tentang punca, kesan dan perkara-perkara yang membawa seseorang individu terdedah dengan gejala tidak sihat.

 Kesemua aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini diselitkan aktiviti untuk meningkatkan kefahaman dalam memahami perkembangan psikologi, biologi, fizikal dan pembangunan sosial remaja serta dapat membantu pelajar menempuhi alam remaja dengan selesa dan yakin serta memperkasa remaja melalui bimbingan dan pendidikan agar menjadi generasi yang berakhlak dan terjaga pada masa akan datang.