Karnival Pendidikan Pengkomersialan POLYCC 2023
Oleh Siti Hananee Binti Aziz -Pada 14 September yang lalu, Politeknik Melaka telah menganjurkan Karnival Pendidikan Pengkomersialan POLYCC 2023 di Hotel Temasik, Melaka.Karnival ini usaha sama antara Unit Penyelidikan Inovasi dan Pengkomersialan Politeknik Melaka dan juga JPPKK. Karnival ini telah dirasmikan oleh Ts. Hj. Muhamad Rumzi bin Mamat, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), JPPKK. Selain itu, Program ini turut disertakan dengan Pre Licensing produk inovasi. Dua (2) produk ‘Pre Licensing’ adalah :-
- Hybrid Degital Electronic Trainner. (produk Pendidikan Kejuruteraan Elektrik)
- Robotic fingers Exergame. (produk permainan psikomotor untuk kanak-kanak autism).
Seramai dua puluh empat (24) orang pensyarah pengiring Bahasa Inggeris terlibat dari setiap politeknik dan kolej komuniti yang mengambil bahagian, menguruskan pelajar mereka.
Pemenang bagi pertandingan ini ialah
|
||
KEDUDUKAN |
INSTITUSI |
NAMA |
1 |
POLITEKNIK MELAKA |
MUHAMMAD IMRAN HAKIMI BIN KHILMY |
2 |
POLITEKNIK MELAKA |
AKHILAN A/L LOGA NATHAN |
3 |
POLITEKNIK PORT DICKSON |
KANG JUN XIANG |
SAGUHATI |
POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA |
ESHANI A/P N ANGUSAMY |
SAGUHATI |
KOLEJ KOMUNITI JASIN |
FARAH NAZIRA BINTI FAZIR |
SAGUHATI |
KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH |
INTAN NUR ALIA BINTI ROSLIN |
SAGUHATI |
POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL |
MUHAMMAD HAZIQ AMSYAR BIN A.HALIM |
SAGUHATI |
POLITEKNIK PORT DICKSON |
MUHAMMAD REDHWAN BIN MOHD NOOR |
SAGUHATI |
KOLEJ KOMUNITI LEDANG |
SITI KHADIJAH ALTTHOHIRAH BINTI KHAIRUL FAIZAL |
SAGUHATI |
POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL |
VEENOTH A/L BALU |
Objektif program ini adalah :-
- Menyediakan platform kepada pencipta untuk komersialkan produk dengan pihak industri.
- Persediaan pengkomersialan produk inovasi POLYCC ke Bank Inovasi Negeri Melaka (Exco Sains Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka).
- Pengkomersialan produk ‘what say you’ secara langsung kepada pengguna sasaran melalui pertandingan.
- Meterai ‘Pre Licensing’ produk inovasi Politeknik Melaka.
Penyediaan dasar pengkomersialan dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) menjadi pemangkin kepada pencipta untuk menghasilkan produk inovasi yang berkualiti. Dengan adanya dasar pengkomersialan, hala tuju menjadi jelas dan terarah. Justeru itu, urusan pentadbiran dan kewangan pengkomersialan menjadi teratur dan mengikut pekeliling yang sedang berkuatkuasa.
Hasil dari dasar pengkomersialan, maka lahirlah, Karnival Pendidikan Pengkomersialan POLYCC 2023 untuk bergerak lebih jauh ke pasaran global. Dan ini meningkatkan kadar keterlihatan (visibility) produk politeknik dan kolej komuniti.