11 September 2023 - Program Pengurusan Kewangan & Pelaburan Pelajar Semester Akhir  merupakan program yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar dengan tujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar berkenaan pengurusan kewangan dan pelaburan serta kepentingan penyimpanan aset ketika usia muda.

Program ini melibatkan pelbagai aktiviti seperti taklimat, kuiz dan soal jawab bagi memberikan lebih kefahaman dan keseronokan didalam konteks pembelajaran mereka. En Earwan bin Abu Bakar, Perunding Kewangan KWSP menerangkan mengenai risiko perbelanjaan berlebihan, penggunaan kewangan diluar kemampuan dan saranan untuk menyimpan di hari tua. Puan Sahrizanea Nurismiza binti Yusuf, Perunding Unit Amanah daripada Public Mutual menerangkan mengenai jenis-jenis pelaburan yang sesuai dan memberi pulangan yang baik kepada golongan muda dan lepasan belajar.

Program ini berkesan bagi memenuhi keperluan mencapai hasrat dalam mengoptimumkan pulangan didalam pelaburan jangka sederhana dan penjang dengan risiko terkawal.