8-10 September 2023, UMT - Satu program Machine Additive Learning and Manufacturing (MaLAM) BOOTCAMP telah diadakan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dari 8 hingga 10 September 2023. Program telah dianjurkan oleh Pusat Asasi STEM (PASTEM), UMT. Terdapat 4 kategori yang akan dipertandingkan iaitu Robotics, 3D Printing, Metaverse, dan Game Builder. Lima orang pensyarah JMSK telah menjadi peserta ke atas kategori yang dipertandingkan iaitu Game Builder. Produk inovasi yang telah dibangunkan dengan kerjasama PASTEM UMT juga menggunakan perisian Game Builder. Majlis penutup program MaLAM BOOTCAMP telah dirasmikan dengan jayanya oleh Naib Canselor UMT iaitu Prof. Dato’. Dr. Mazlan bin Abd Ghaffar. Perkongsian kepada bahan ilmiah dan produk inovasi kepada rakan kolaborasi JMSK , iaitu PASTEM UMT telah diserahkan kepada Prof. Madya Dr. Laili Che Rose yang merupakan Pengarah PusAT Asasi STEM juga selaku PenGARAH Program MaLAM BOOTCAMP. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada PASTEM, UMT  atas jemputan dan penganjuran program tajaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ini. Tidak lupa juga kepada Penyelaras Kolaborasi JMSK bersama JK Jemputan pihak UMT atas pengurusan penglibatan pensyarah JMSK dalam MaLAM Bootcamp. Semoga hubungan kolaborasi yang terjalin antara JMSK PMK dan PASTEM UMT mendapat manfaat bersama.