Oleh : Mohd Khairuddin bin Ahmad Khair

 

8 September 2023, Tengkera Melaka- Kem Kepimpinan Pemimpin Muda Unit Beruniform SMK (P) Methodist yang dianjurkan oleh Pihak SMK (P) Methodist dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka, Pembimbing Rakan Siswa & Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar telah berlangsung dengan jayanya selama 2 hari 1 malam bertempat di tapak perhimpunan sekolah.

Program ini diadakan adalah untuk memupuk dan mengasah bakat kepimpinan di kalangan pemimpin muda sekolah meliputi pengawas, pengerusi kelab dan badan beruniform sekolah seramai 160 orang pelajar menerima asahan bakat daripada kepimpinan MPP & PRS Politeknik Melaka. Kepimpinan MPP berjaya mengendalikan program dengan begitu baik sekali.

Guru Kaunseling SMK(P) Methodist Pn Lim Ming Huay berkata, " barisan fasilitator yang sangat mengagumkan dan dapat menjadi role model (contoh) kepada adik-adik di pangkuan sekolah untuk terus bersemangat dan berusaha untuk belajar dengan baik."

Dengan menyertai kem kepimpinan ini, diharapkan agar barisan MPP & PRS Politeknik Melaka mampu mencerna dan menjana daya kepimpinan yang tinggi sebagai generasi pelapis yang berkualiti demi kesejahteraan negara.

Semoga program sebegini dapat dijalankan lagi agar memberikan manfaat yang baik untuk semua dan komuniti di Negeri Melaka.