PROGRAM PENSYARAH PELAWAT INDUSTRI BAGI KURSUS FINANCIAL MANAGEMENT, ANJURAN JABATAN PERDAGANGAN
05 September 2023 (Selasa) – Perlaksanaan program Pensyarah Pelawat Industri (PPI) telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan 65 orang pelajar Diploma Akauntansi (DAT) semester tiga dan empat. Tujuan Program PPI bagi Kursus Financial Management ini adalah untuk memberikan pendedahan terhadap metod dan dunia praktikal pekerjaan. Selain daripada itu, program ini dapat membuka persepsi peserta terhadap dunia sebenar pekerjaan dari segi pengetahuan dan amalan operasi yang dilakukan. Kandungan program ini meliputi penggunaan item dan istilah, operasi dan isu semasa berkaitan sistem kewangan Islam.
Tiga objektif program ini ialah salah satu strategi pembelajaran, mencapai hasil pembelajaran kursus dan seterusnya dapat meningkatkan minat peserta terhadap pengurusan kewangan.
Jemputan penceramah adalah dari Ibu Pejabat Malayan Banking Islamic Berhad. Tiga orang wakil industri telah hadir dan berkongsi ilmu iaitu En. Mohd Raihan bin Abdullah, Head Center of Excellence & Administration; En. Isham bin Mohd Isa, Co-Head, Islamic Capital Markets; dan En. Bakhtiar bin Bahdon, Head Education Management.
Di akhir program ini, pelajar dapat membuka perspektif mereka dengan lebih baik berkaitan dunia pekerjaan dan peluang yang ditawarkan di industri. Pelajar lebih bersemangat dan bermotivasi dengan pendedahan yang telah diberikan oleh tetamu jemputan. Semangat seperti ini diharapkan dapat terus disuburkan bagi membudayakan pendidikan berkualiti dalam kalangan pelajar.
Disediakan oleh : Mohd Fauzi Abu Bakar