Oleh : Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan

SELASA, 5 SEPTEMBER 2023

Komunikasi merupakan faktor yang amat penting dalam organisasi sama ada komunikasi lisan mahupun tulisan. Surat rasmi dan memo rasmi merupakan satu bentuk komunikasi formal dalam menyampaikan satu-satu perkara kepada warga dalam organisasi mahupun luaran. Oleh yang demikian penulisan surat rasmi  dan memo yang betul amat penting dalam sesebuah organisasi. Kursus Penulisan Surat dan memo Rasmi ini telah diadakan pada 05 September 2023 bersamaan hari Selasa di Bilik Seminar, Politeknik Melaka anjuran Unit Kecemerlangan Staf dengan kerjasama Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan, Politeknik Melaka. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dalam penulisan surat rasmi dan memo rasmi, mengelakkan pembaziran dan ‘zero defect’ serta meningkatkan imej Politeknik Melaka. Sasaran peserta adalah terdiri dari Pembantu Tadbir (P/O),  Pembantu Tadbir (Kewangan), Setiausaha Jabatan dan Unit serta Setiausaha Jawatankuasa yang ada di politeknik ini.  Seramai 19 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut.  Kursus ini disampaikan oleh Encik Roslan bin Rasip dan juga Puan Rana binti Hamzah yang merupakan Pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu (JPM) Institut Pendidikan Guru,Kampus Perempuan Melayu Melaka.

Sekian.