Oleh : Unit Pengurusan Psikologi

 

1 September 2023, Ayer Keroh - Unit Pengurusan Psikologi bersama Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Politeknik Melaka telah menganjurkan Bengkel Young Leaders Pembimbing Rakan Siswa (PRS) pada 1 -2 September 2023 bertempat di Forestay Taman Botanikal, Ayer Keroh Melaka.

Seramai 24 orang ahli jawatankuasa PRS yang telah menyertai bengkel ini dan peserta adalah terdiri dari pelajar setiap jabatan dan jawatankuasa bengkel ini juga terdiri dari barisan Jawatankuasa PRS. Bengkel Young Leaders PRS ini telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pembangunan Pelajar, Politeknik Melaka iaitu Pn. Nor Azah binti Mat Sout.

Bengkel ini adalah bertujuan untuk melatih, mendedahkan serta melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri, semangat kerja berpasukan dan asertif diri yang tinggi. Selain itu, bengkel ini dijalankan bagi tujuan untuk mengasah bakat kepimpinan dalam diri para peserta yang terlibat. 

 Pelajar telah didedahkan bagaimana menjadi pemimpin yang berkualiti melalui aktiviti yang dijalankan serta diselitkan dengan modul komunikasi berkesan. Komunikasi yang berkesan bukan sahaja melibatkan arahan yang jelas. Ia melibatkan kepatuhan seorang pemimpin kepada pemimpin yang lain. Ia juga melibatkan semangat berpasukan ketika menghadapi kesukaran.

Kesemua aktiviti yang dijalankan sepanjang bengkel ini turut diselitkan modul seperti asas kepimpinan, kemahiran komunikasi, sikap seorang pemimpin dan pembangunan karakter seorang pelajar untuk menjadi seorang pemimpin pada masa akan datang.