Selamat Datang ke

POLITEKNIK
MELAKA

Peneraju Institusi TVET Yang Unggul

Hubungi Kami

Oleh : Rabiah binti Mohamad

 

JUMAAT, 1 SEPTEMBER 2023 – Politeknik Melaka telah menerima jemputan ke Program Operasi Bandaraya Ekosistem Bersih Aspirasi Semua (Bebas) Bersama Datuk Bandar MBMB.

Seramai 6 orang pelajar sukarelawan yang diiringi oleh seorang pegawai daripada JHEPP telah turut hadir bersama bagi memeriahkan program sukarelawan operasi membersihkan sampah yang bermula daripada Dataran MBMB sehingga Dataran Islam Masjid Al-Azim.

Adalah diharapkan agar kami akan diberi peluang sebegini lagi pada masa akan datang. Dengan adanya Program Sukarelawan sebegini kami dapat memupuk semangat sukarelawan dalam diri setiap pelajar yang menyertai program sebegini.

Akhir kata, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kolej Komuniti Kota Melaka kerana menjemput pelajar Politeknik Melaka untuk turut serta dalam operasi membersihkan sampah sepanjang jalan bermula dari Dataran MBMB sehingga ke Dataran Masjid Al-Azim.

 

Ikuti Kami

Berita PMK

Capaian Popular

Akses pantas kepada sistem, perkhidmatan, maklumat dan sumber digital Politeknik Melaka.

Ke Atas