HARI PENDAFTARAN SISWA SISWI BAHARU SESI I 2023/2024 POLITEKNIK MELAKA
Oleh : Rabiah binti Mohamad
20 OGOS 2023 – Program Hari Pendaftaran Siswa Siswi Baharu Sesi I 2023/2024 telah dirasmikan oleh Tn Pengarah Politeknik Melaka, Sr. Hj Razali Bin Johari. Turut hadir Timbalan Pengarah, Pn. Zeyana Binti Abdullah, Timbalan Pengarah II, Dr Azlan Bin Muharam serta Ketua-ketua Jabatan Akademik Politeknik Melaka. Tn Pengarah Politeknik Melaka, Sr. Hj Razali Bin Johari telah menyampaikan kata-kata aluan selamat datang kepada Siswa Siswi baharu serta ucapan tahniah kepada para ibu bapa yang turut hadir.
Program ini dilaksanakan seawal jam 9.00 pagi dan selesai jam 2.00 petang. Seramai 216 siswa siswi dari 5 program iaitu Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan), Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Akauntansi dan Diploma Perniagaan Antarabangsa telah hadir lapor diri.