Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Affiliate Tiktok

08.08.2023 - Dalam usaha untuk memanfaatkan potensi pasaran yang semakin berkembang dalam dunia media sosial, Unit Keusahawanan Politeknik Melaka telah berjaya menganjurkan Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Affiliate Tiktok secara atas talian bagi individu yang ingin memaksimumkan pendapatan mereka melalui platform video pendek yang popular ini.  Peserta adalah dari kalangan Staf-staf dan pelajar-pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia

Kursus ini bertujuan untuk mengajar peserta cara-cara untuk memanfaatkan populariti mereka di TikTok dengan lebih berkesan. Peserta di ajar berkenaan strategi pemasaran affiliate yang berjaya, termasuk bagaimana mempromosikan produk atau perkhidmatan melalui kandungan kreatif mereka. Selain itu, kursus ini juga dapat memberikan panduan langkah demi langkah tentang proses pendaftaran dan pelaksanaan program affiliate.

Kursus ini telah dijalankan oleh  pakar pemasaran media sosial dan individu yang telah berjaya dalam bidang pemasaran affiliate di TikTok. Peserta boleh mendapat akses kepada modul pembelajaran dalam talian yang mudah diakses, termasuk video tutorial, ulasan kes kajian, dan resurs sumber tambahan.

Dengan TikTok menjadi salah satu platform yang paling pantas berkembang dalam sejarah, memanfaatkan kursus affiliate ini adalah langkah pintar untuk mengukuhkan kedudukan dalam pasaran yang sentiasa berubah.