Oleh- Siti Hananee -Bengkel Pemurnian Kertas Penulisan Ilmiah untuk Journal Engineering and Science (JESSc) adalah kesinambungan dari bengkel pada 7 Ogos 2023 (Isnin). Bengkel ini melibatkan penyelia-penyelia yang terpilih untuk memurnikan kertas penyelidikan pelajar dibawah selian mereka.

 Selain itu, bengkel ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kefahaman penyelia projek akhir dalam penulisan kertas penyelidikan inovasi. Sekaligus dapat meningkatkan lagi kualiti penulisan laporan projek seterusnya kertas penyelidikan untuk diterbitkan di dalam jurnal JESSC dengan jayanya.

Diharapkan agar perlaksanaan bengkel ini dapat mencapai objektif yang disasarkan dan mendapat sokongan padu daripada pihak Politeknik Melaka.  Semoga program ini akan dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat khususnya kepada para penyelia dan pelajar. Selain itu ianya dapat membimbing penyelia projek akhir dari Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dan Jabatan Perdagangan (JP) dalam penghasilan kertas ilmiah dari laporan akhir pelajar dan menerbitkan kertas penulisan projek pelajar di dalam Jurnal JESSc Politeknik Melaka.