Oleh : Mohd Khairuddin bin Ahmad Khair

3 OGOS 2023 - Politeknik Sultan Adbul Halim Muadzam Shah (POLIMAS) Kedah bersama Bahagian Ambilan Pembangunan Pelajar telah menganjurkan Pertandingan Debat Dan Pidato Bahasa Melayu Piala Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti kali ke-10 yang berlangsung di POLIMAS.

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang Pertandingan Debat Dan Pidato Bahasa Melayu Piala Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti kali ke-10. Politeknik Melaka telah berjaya merangkul tempat ke-3 pada pertandingan kali ini. Tahniah diucapkan kepada Kelab Debat & Orator Politeknik Melaka yang dipimpin oleh En Mohd Khairuddin bin Ahmad Khair bersama Cik Nur Izzatie Husna binti Zawawi. 

Politeknik Melaka menghantar seramai 4 orang pendebat dan 1 orang pemidato. Semangat juang yang ditonjolkan amat besar dan tinggi bagi menjulang nama Politeknik Melaka.

Pendebat Politeknik Melaka :

  1. Mohd Faris Firdaus bin Lamid – Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
  2. Muhammad Imran bin Mohamed Zafrin - Jabatan Kejuruteraan Elektrik
  3. Noor Naqibah binti Megat Ghazali – Jabatan Perdagangan
  4. Siti Hadijah binti Nurmal – Jabatan Perdagangan

Pemidato :

  1. Alia Shafiyyah binti Ahmad Rustam – Jabatan Perdagangan

Tujuan Pertandingan Debat dan Pidato Bahasa Melayu ini dijalankan adalah untuk mencungkil bakat pelajar di Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia. Pelaksanaan pertandingan ini memberi peluang untuk mencari pelajar yang berbakat dalam seni perdebatan serta pidato sekaligus melahirkan pelapis-pelapis yang akan mewakili Politeknik Malaysia dalam seni perdebatan dan pidato.