Oleh : Mohd Khairuddin bin Ahmad Khair 

PIAZZA, PAVILLION BUKIT JALIL, 29 JULAI 2023, SABTU – Cabaran Troli Pengguna merupakan salah satu aktiviti yang tersedia semasa Hari Pengguna Kebangsaan. Misi utama aktiviti ini adalah untuk mengetahui pengetahuan dalam ilmu kepenggunaan untuk diaplikasikan dalam perbelanjaan semasa berada di pasaraya. Cabaran Troli Pengguna ini telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu terbuka dan negeri. Tahniah diucapkan kepada ahli Gerakan Pengguna Siswa Politeknik Melaka, Nur Syafiqah, Muhammad Iqbal Qayyumi dan NurulAin Batrisya kerana telah mewakili KPDN Melaka bagi menyertai Cabaran Troli Pengguna. Negeri Melaka telah berjaya memenangi beberapa anugerah di peringkat kebangsaan.

Tahun ini negara kita menyambut Hari Pengguna Kebangsaan 2023 (HPK) pada bulan Julai iaitu 28 hingga 30 Julai 2023. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri kita telah merasmikan Majlis Perasmian Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2023 yang bertemakan “Pengguna Berdaya, Negara RAHMAH Sejahtera” di Piazza, Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 30 Julai 2023.

Tema pada tahun ini ialah Penguna Berdaya dan Negara RAHMAH Sejahtera. Pengguna Berdaya ialah pengguna yang berpengetahuan, tahu hak dan berani bertindak yang merupakan matlamat utama KPDN kepada rakyat Malaysia. Seterusnya, Negara RAHMAH Sejahtera pula merupakan negara yang menjaga ekonomi dan kebajikan rakyat dengan mewujudkan persekitaran ekonomi yang adil di atas prinsip kasih sayang.