HISHAMUDDIN SHAH BIN IBRAHIM

27hb Julai 2023 – Empangan Durian Tunggal

Menguasai seni pengendalian bot adalah kemahiran yang sangat penting oleh pelaut dan penggemar aktiviti air. Sama ada anda seorang pelayar berpengalaman atau orang baru yang meneroka perairan yang luas, memahami prinsip dan teknik pengendalian bot adalah penting untuk pelayaran yang selamat dan menyeronokkan. Bengkel ini berfungsi untuk memberi pendedahan sebagai pengenalan kepada dunia pengendalian bot.

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal menganjurkan Kursus Pengendalian Bot dibawah Program Pembelajaran Sepanjang Hayat PSH. Seramai 15 orang peserta terlibat termasuk wakil dari agensi Kerajaan Negeri, Bahagian Kawal Selia Air dan Syarikat Air Melaka Berhad. Fasilitator yang berpengalaman iaitu En Onn bin Jaafar telah dijemput bagi perkongsian ilmu dalam pengendalian bot.

π—π—žπ—  π—Ÿπ—œπ—žπ—˜ 𝗑𝗒 π—’π—§π—›π—˜π—₯𝗦

#captainoftheship
#boatlife

Β 

Β 

Β