Assalamualaikum & Salam Sejahtera

 

SUKACITA DIMAKLUMKAN PERMOHONAN RAYUAN KEPUTUSAN DAN SEMAKAN SKRIP JAWAPAN DIBUKA MULAI 24 JULAI HINGGA 4 OGOS 2023  (JUMAAT). 

BERIKUT DILAMPIRKAN TATACARA PERMOHONAN RAYUAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR POLITEKNIK MELAKA DAN SEMAKAN SEMULA SKRIP JAWAPAN  BAGI SESI II : 2022/2023.

 

 

KAEDAH SEPERTI BERIKUT:

 

RAYUAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR:

  1. Anda dikehendaki membuat bayaran secara KIRIMAN WANG/WANG POS RM 50 bagi setiap rayuan yang dikemukakan.
  2. Bayaran hendaklah dibuat atas nama “PENGARAH POLITEKNIK MELAKA
  3. Sediakan satu (1) surat rasmi bertulis tangan/ dicetak komputer berkaitan permohonan rayuan anda.
  4. Nyatakan di dalam surat rasmi MESTI:
  • Nama penuh
  • No pendaftaran
  • No kad pengenalan
  • Alamat Kediaman Terkini
  • No Telefon bimbit pelajar
  • Tajuk Rayuan (Contoh: Rayuan bagi Meneruskan Pengajian kerana Gagal Berhenti/ Rayuan bagi meluluskan kursus DLL )
  • Program, kursus yang dirayu/ keputusan yang dirayu
  • Pensyarah kursus terlibat bagi kursus yang dirayu
  • Nama Penasihat akademik
  • Alasan yang rasional anda membuat rayuan (Mengapa sebab membuat Rayuan)
  1. Lampirkan bersama salinan keputusan Akhir peperiksaan dan dokumen sokongan berkaitan (bagi menyokong permohonan anda).
  2. Kemudian sila hantar ke kaunter unit peperiksaan (wang pos dan surat rasmi)

 

SEMAKAN SEMULA SKRIP JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR:

  1. Anda dikehendaki membuat BAYARAN WANG POS MALAYSIA/KIRIMAN WANG RM 25 bagi setiap kursus.
  2. Di Wang Pos ruangan Bayar kepada MESTI dituliskan Pengarah Politeknik Melaka
  3. Sediakan satu (1) surat rasmi bertulis tangan/ dicetak komputer berkaitan permohonan rayuan anda.
  4. Lampirkan bersama salinan keputusan peperiksaan.
  5. Kemudian, sila hantar ke kaunter unit peperiksaan (wang pos dan surat rasmi).

 

Pastikan anda menghantar DOKUMEN LENGKAP ke Unit Peperiksaan dalam tempoh

24 Julai  Hingga 4 Ogos 2023  (Jumaat) (sebelum jam 12.00 tengahari).

Penghantaran yang lewat tidak akan diproses.

Sila hubungi Unit Peperiksaan bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

06-3376018/6142

Terima kasih