Oleh : Mohd Khairuddin bin Ahmad Khair

15 Julai 2023 – Open Day Campus Tour yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar Politeknik Melaka telah berlangsung dengan jayanya.

Kehadiran lebih 20 keluarga dan 10 calon pelajar telah hadir mendengar penerangan dan memeriahkan program Open Day Campus Tour ini.

Program ini melibatkan pelbagai aktiviti seperti taklimat, pembukaan ruang pameran, “table talk’, sesi konsultasi, edaran pamplet dan sebagainya. Program ini melibatkan Pegawai Promosi Politeknik Melaka yang membantu dalam memastikan kelancaran proses promosi dan lawatan ke bilik-bilik kuliah, bengkel, perpustakaan dan sebagainya.

Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar lepasan SPM tentang permohonan kemasukan ke Politeknik Melaka melalui UPU online(rayuan).  

Dengan kehadiran pengunjung ke Open Day Campus Tour ini berjaya meningkatkan kefahaman orang ramai tentang kepentingan menyambung pelajaran dan dapat mengenali Politeknik Melaka dengan lebih dekat lagi.