18 Julai 2023 , Pulau Besar Melaka - Satu program Team Building JMSK telah diadakan di Pulau Besar Melaka pada 18 Julai 2023. Semua aktiviti berjaya diharungi oleh semua peserta JMSK. Program ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang.  Program teambuilding dilaksanakan untuk mengeratkan kerjasama dalam kalangan warga kerja JMSK supaya dapat menghasilkan kerja berpasukan yang baik. Hubungan kerja yang positif akan menghasilkan idea yang baik dan bernas serta komitmen yang padu supaya kerja berjalan dengan lancar. Selain aktiviti bersama jabatan, satu sesi taklimat ringkas diberikan oleh Pegawai Sains dari Majlis Pembangunan Pulau-Pulau Melaka. Satu sesi lawatan juga diadakan ke Maahad Tahfiz Bistari, Pulau Besar.  Terima kasih diucapkan kepada Majlis Pembangunan Pulau - Pulau Melaka dan Sekolah Menengah Agama Maahad Tahfiz Bistari (JAIM) atas taklimat dan peluang pelaksanaan program di sana. Terima kasih juga diucapkan kepada fasilitator iaitu En Arman (pensyarah utama JKM) , Pn Amira (Peg. Psikologi PMK) dan En Mohamad Hafiz (Peg Kecemerlangan Sukan PMK). Program ini secara tidak langsung dapat mempromosikan Pulau Besar sebagai salah satu daya tarikan pelancong ke Melaka.Tahniah kepada Pn Nor haizan (Pengarah Program) dan semua staf JMSK kerana menjayakan program ini.