Ditulis oleh Adlena Hany Abu Adam

POLITEKNIK MELAKA, 13 Julai 2023 – Kursus Solekan Cepat & Cantik 1.0 ini merupakan satu platform untuk staf wanita Politeknik Melaka (PMK) agar dapat transformasikan penampilan diri yang unggul semasa melaksanakan tugas. Ini bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan penjawat awam yang berimej unggul dan profesional pada setiap masa.

Penceramah jemputan khas untuk kursus ini ialah Cik Amalina Binti Abd Hamid, Pensyarah PSH (Terapi Kecantikan Dan Spa) dari Kolej Komuniti, Kota Melaka.  Seramai 22 orang staf wanita PMK telah menghadiri kursus ini dengan jayanya. Kursus ini juga adalah anjuran bersama Jabatan Pengajian Am dan PUSPANITA PMK.

Justeru, semoga kursus ini dapat dijadikan panduan kepada staf wanita untuk membentuk budaya berketerampilan diri yang kemas, profesional dan cemerlang bagi meningkatkan keyakinan dan persepsi pihak luar yang berurusan dengan Politeknik Melaka amnya.

  

  

  

Ditulis oleh Madam Adlena Hany binti Abu Adam