BENGKEL ToT COMPUTER APPLICATION (DBC20012)
12-13 Julai 2023, Politeknik Melaka – Bengkel ToT Computer Application DBC20012 telah diadakan pada 12 hingga 13 Julai 2023 di Makmal Komputer 2, PMK. Kursus Aplikasi Komputer (DBC20012) merupakan salah satu kursus elektif yang ditawarkan oleh JMSK kepada pelajar pelajar Semester 1, Jabatan Perdagangan. Kursus ini dijalankan bagi memberi pendedahan secara terus kepada semua pensyarah JMSK bagi memastikan para pensyarah dapat memahami sepenuhnya keperluan kursus selari dengan kehendak kurikulum yang disediakan. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan pembinaan item soalan bagi kursus DBC10012. Penceramah yang dijemput merupakan pensyarah kanan dari JMSK, Politeknik Merlimau iaitu Puan Zareena Binti Rosli. Kursus ini telah dihadiri oleh 10 orang pensyarah JMSK dan diharapkan dengan pelaksanaan program ini, para pensyarah akan lebih bersedia untuk menyampaikan ilmu serta menggubal item penilaian bagi kursus DBC20012. Semoga ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan pada pelajar dan komuniti sekitar PMK.