12 Julai 2023, Plaza Pandan Malim-Program hari ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, cekap dan teratur. Bagi peringkat awal barangan yang tidak digunakan lagi perlu disisih dan kemudian disusun . Kejayaan pelaksanaan EKSA memerlukan sokongan dari kepimpinan dan pengurusan atasan. Adalah amat penting untuk melibatkan semua peringkat termasuk para pelajar dalam usaha merealisasikan kempen EKSA di Politeknik Melaka. Ini menggalakkan rasa pemilikan, penglibatan yang berterusan. Program hari ini dimulakan dengan menghapuskan barangan yang tidak diperlukan dari tempat kerja dan juga bengkel. Ini membantu mewujudkan lebih banyak ruang dan meningkatkan keselamatan. Proses selepas ini ialah menetapkan lokasi khusus untuk alatan, peralatan dan bahan. Ini boleh dilaksanakan dengan penggunaan label dan warna. Tempat kerja yang bersih dan diselenggara dengan baik menggalakkan keselamatan dan kecekapan dalam kerja dan P&P.

š™…š™†š™ˆ š™‡š™„š™†š™€ š™‰š™Š š™Šš™š™ƒš™€š™

#eksa

Ā