HISHAMUDDIN SHAH BIN IBRAHIM

1hb Julai 2023- Taman Sri Pandan. Politeknik Melaka memenuhi jemputan untuk menyertai Program Qorban House anjuran Koperasi Surau Al Hikmah Melaka Berhad. Program bermula seawal jam 2.00 pagi dengan kerja sembelihan mengambil tempat. Sejumlah 58 ekor lembu , termasuk seekor  lembu sado seberat 730kg dan 6 ekor kambing tersenarai untuk dikorbankan pada hari ini . Peserta korban bukan sahaja terdiri dari penduduk setempat dan taman perumahan sekitar, malah turut bersama dari luar seperti GAPAM dan Bukit Rambai.

 

Pelbagai NGO dan agensi bergabung bagi melancarkan urusan korban bermula dengan sembelihan, melapah, memotong tulang dan daging hinggalah pembungkusan. Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal iaitu En Hishamuddin Shah Bin Ibrahim mewakili Politeknik Melaka telah mengetuai pasukan dari PMK iaitu terdiri dari MESAC, program ini telah diselaraskan oleh JK Muafakat iaitu En Muhamad Faiz Jofri dan 2 orang staf telah hadir menyertai majlis Qorban House ini. Ini merupakan tahun pertama program ini dibuat seumpamanya anjuran Koperasi Surau Al Hikmah Melaka Berhad. Program berjalan dengan lancar dan tiada kejadian tidak diingini selain seekor ternakan korban terlepas dari tambatan. Hasil kebijaksanaan para petugas, ternakan telah berjaya ditangkap semula.