Oleh : Mohd Khairuddin bin Ahmad Khair

18 Jun 2023 (Ahad) – Seramai 2 orang pegawai JHEPP Politeknik Melaka bersama 2 orang pelajar MPP hadir mempromosikan Politeknik Melaka ke "Mini Karnival Peluang Pendidikan, TVET dan Kerjaya Lepasan SPM 2022" di Dewan Japerun Duyong yang dianjurkan oleh Japerun Duyong. JHEPP dan MPP memberikan promosi serta konsultasi kepada orang ramai berkenaan Politeknik Melaka dan POLYCC di program ini.

YB Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, ADUN Duyong turut hadir bagi merasmikan program serta memberikan sokongan kepada agensi-agensi yang terlibat.

Antara agensi yang terlibat promosi adalah :

UiTM Melaka, Universiti Melaka, Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka, MiCoST, Kolej UNITI, IKM Jasin, Kolej Universiti Agrosains Malaysia, Kolej University Geomatika, Politeknik Melaka, Politeknik Merlimau, Kolej Komuniti Masjid Tanah, Kolej Komuniti Tangga Batu, Kolej Komuniti Selandar, Kolej Komuniti Kota Melaka, Kolej Komuniti Jasin, Kolej Komuniti Bukit Beruang dan AK Learning Centre.

Kepada pelajar lepasan SPM yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan program yang ditawarkan di Politeknik Melaka & syarat kemasukan, boleh juga hubungi talian 06-3376054/6058 atau Whatsapp ke talian Hotline 011-59531422.

Semakan kelayakan ke Politeknik & Kolej Komuniti :

http://ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp

#programoutreachSPM2022

#pmkkecil2cilipadi

#jhepppmk