‘GAIN UR SKILL @ JPA’
Ditulis oleh Adlena Hany Abu Adam
14 Jun 2023, Politeknik Melaka – Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) telah dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Am (JPA) dan Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) bersama-sama para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Tuah (SMK Tuan Tuah). Seramai 31 orang pelajar Aliran Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA) bagi kelas yang mengambil matapelajaran Penyediaan dan Pembuatan Makanan telah berjaya mengikuti kursus ini dengan jayanya.
Kursus ‘Gain Ur Skill @ JPA’ ini terbahagi kepada dua kursus iaitu Kursus Penyediaan Makanan Halalan Tayyiban Menurut Fiqh al-Hadis & Kursus “Gain Your Communication Skill”. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran para pelajar Program PVMA Penyediaan & Pembuatan Makanan dalam bidang masakan menurut Islam, disamping membantu meningkatkan keupayaan pelajar untuk tampil lebih berkeyakinan menggunakan terma masakan dalam bahasa inggeris. Pada masa yang sama, kursus ini juga sebagai inisiatif mencambahkan lagi ilmu kemahiran pelajar dalam suasana sesi pembelajaran yang lebih kondusif di luar sesi pembelajaran kelas di sekolah.
Empat orang penceramah yang telah dipilih pada siri ini adalah daripada JPA; Ustaz Mohd Faizal Bin Mat Pesa, Ustaz Tuan Mohd Azhar Bin Tuan Ngah, Encik Zaki Bin Muhammad @ Mohd Yasin dan Encik Shahrul Reza Bin Mohd Zulkipli.
Semoga program yang bermanfaat seperti ini dapat diteruskan dan dapat diperluaskan lagi ke seluruh institusi Pendidikan di negeri Melaka amnya.