Oleh : Rabiah binti Mohamad

8 Jun 2023 (Khamis) – Seramai 36 orang pegawai Politeknik Melaka termasuk Ketua-ketua Jabatan Akademik (Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal & Jabatan Perdagangan), JHEPP dan MPP telah mempromosikan POLYCC di 17 sekolah menengah sekitar Melaka.

Pn Zeyana Binti Abdullah (Timbalan Pengarah) dan Dr Azlan Bin Muharam (Timbalan Pengarah II) telah turun padang untuk memberikan sokongan kepada pensyarah & staf yang terlibat dan turut membantu mempromosikan Politeknik Melaka di sekolah-sekolah.

Sekolah yang terlibat adalah :

SMK BUKIT KATIL | SMK MALIM | SMK SERI TANJUNG |SMK PAYA RUMPUT | SMK AYER KEROH | SMK DURIAN TUNGGAL | SMK KLEBANG BESAR | SMK MUNSHI ABDULLAH | SMK MUTAHIR |SMK BUKIT RAMBAI | SMK SUNGAI UDANG | SMK TUN HAJI ABDUL MALEK | SMK (P) METHODIST MELAKA | SMK TUN TIJAH | SMK KG GELAM | SMK TUN TUAH | SMK ISKANDAR SHAH JASIN

Kepada pelajar lepasan SPM yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan program yang ditawarkan di Politeknik Melaka & syarat kemasukan, boleh juga hubungi talian 06-3376054/6058 atau Whatsapp ke talian Hotline 011-59531422.

Semakan kelayakan ke Politeknik & Kolej Komuniti :

http://ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp

#programoutreachSPM2022

#pmkkecil2cilipadi

#jhepppmk