31.5.2023 - Unit Perpustakaan telah menganjurkan lawatan bersama staf PMK ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang telah mula diadakan pada tahun 1981 sememangnya amat dinantikan oleh rakyat Malaysia.

Seramai 28 orang staf telah bersama-sama dengan unit perpustakaan PMK dalam sesi lawatan ini. Terima kasih kepada semua yang bersama-sama menjayakan lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.