PROGRAM HARI INOVASI PROJEK PELAJAR POLITEKNIK MELAKA TAHUN 2023
Oleh Siti Hananee Binti Aziz, 30 Mei 2023- Program Hari Inovasi Projek Pelajar Politeknik Melaka Unit Penyelidikan, Inovasi Dan Komersialan (UPIK) dengan kerjasama Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Jabatan Perdagangan (JP), Jabatan Matemaik Sains dan Komputer (JMSK) dan Jabatan Pengajian Am (JPA), serta dibantu oleh Unit Pembangunan Instruksional & Multimedia dan Unit ICT merupakan satu program yang menyediakan platform kepada pelajar dari kesemua jabatan di PMK bagi membentangkan projek akhir semester mereka. Peserta-peserta pertandingan ini adalah terdiri daripada kesemua pelajar semester akhir di Politeknik Melaka yang mengambil kursus Projek 2 dari 4 jabatan utama iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) dan Jabatan Perdagangan(JP). Pertandingan ini dipecahkan kepada 2 kategori iaitu kategori produk dan ilmiah. Bagi kedua-dua kategori ini, para peserta yang akan terlibat adalah terdiri daripada wakil kumpulan terbaik di peringkat jabatan yang dipilih mengikut kategori pertandingan tersebut . Panel -panel yang terlibat dalam mengadili pertandingan ini adalah terdiri daripada Ts. Dr. Hazriq Izzuan Bin Jaafar dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Mazlina Binti Mohd Tahir dari Politeknik Port Dickson, Pn. Marlina binti Omar dari Taman Sari Legacy Holdings Sdn Bhd dan Pn. Puteri Syafiqah binti A Aziz dari JKR Negeri Melaka.
- Objektif Pertandingan ini adalah untuk Menyediakan satu platform bagi para pelajar yang terbaik dari setiap jabatan induk di PMK bagi memperlihatkan hasil kerja projek mereka dan mengiktiraf projek akhir terbaik di antara jabatan serta melatih pelajar untuk berkomunikasi dan berfikiran kreatif dan inovatif dalam membincangkan permasalahan kajian dan inovasi yang dihasilkan.
- Memupuk semangat berpasukan dan kerjasama di samping menggalakkan pelajar mengkomersialkan hasil kajian mereka.Menyediakan atau menyampaikan satu pembentangan lisan projek, dalam kumpulan atau secara individu, termasuk satu laporan muktamad yang ditulis dalam satu format yang standard dengan data teknikal bergantung kepada pelaksanaan projek.
- Berkomunikasi dengan lebih baik setelah mendapat pengalaman berinteraksi dengan pihak luar iaitu panel-panel daripada industri dan universiti serta menyediakan prototaip projek atau pembangunan program yang bersesuaian dengan antaramuka projek yang dijalankan.
- Mempamerkan kesedaran unsur-unsur keusahawanan dalam projek yang dihasilkan.
Johan dan Naib Johan Kategori Produk ialah dari Jabatan Perdagangan(JP) yang bertajuk The Study Of Data System For The Department Of Fisheries (Dof’eds) Malacca dan THE USAGE Of Impex Kit For Import And Exports Procedures. Tempat ke-3 dimenangi oleh Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) dengan tajuk Analysis Of The Strongest Bridge Model Using Balsa Wood. Manakala untuk Kategori Ilmiah Johan disandang oleh Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) dengan tajuk Flert (Sensor Pintar Banjir). Naib Johan oleh Jabatan Perdagangan(JP) bertajuk Multimold Cookies dan akhir sekali tempat ke-3 dirangkul oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dengan tajuk Mesin Tapis Red Sand Automatik .Jutaan tahniah kepada semua Penyelia dan juga para pelajar yang terlibat didalam pertandingan ini.