29 Mei 2023, PMK - Program Gerak Gempur Final Exam JMSK Sesi II 2022/2023 telah berlangsung di Dewan Kuliah 2 , Bilik Seminar, dan Makmal Sains, Politeknik Melaka pada 29 Mei 2023. Program Gerak Gempur Final Exam-JMSK anjuran JMSK & JHEPP adalah satu program yang diadakan untuk memantapkan kefahaman pelajar-pelajar yang bermasalah dalam kursus Engineering Mathematics 1, Engineering Mathematics 2, Engineering Mathematics 3, Electrical Engineering Mathematics dan Engineering Science. Pencapaian para pelajar di dalam kursus-kursus matematik adalah tidak begitu membanggakan. Hal ini dapat dilihat daripada pencapaian penilaian pelajar.  Malahan peratus pelajar yang lulus cemerlang kursus Matematik dan Sains di Politeknik Melaka adalah agak rendah.  Oleh yang demikian, adalah sangat penting untuk mengadakan program ini supaya pelajar yang lemah mudah untuk memahami kehendak soalan seterusnya menyelesaikan masalah berkaitan matematik dengan cara yang paling mudah dan tepat. Tambahan pula, asas matematik amat penting kepada pelajar-pelajar kerana ia akan sentiasa digunapakai di dalam kursus-kursus yang ditawarkan di jabatan masing-masing. Program telah dihadiri oleh 57 orang pelajar terpilih untuk kursus DBS10012, DBM10013, DBM20023 dan DBM30033/30043. Kesimpulannya, adalah menjadi harapan supaya Program Gerak Gempur Final Exam-JMSK dapat membantu pelajar-pelajar yang bermasalah untuk menghadapi peperiksaan akhir  bagi  Sesi II 2022/2023 dan dapat mencapai objektif yang digariskan. Semoga program ini akan dapat diteruskan pada semester yang akan datang kerana program ini merupakan program yang baik dan bermanfaat untuk para pelajar sendiri.