Oleh : Mohd Nazim bin Zakaria

26 MEI 2023 (Jumaat) - Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Kali Ke-30 ini telah diadakan di LaCrista Hotel, Melaka yang berlangsung pada jam 8.00 malam  - 10.30 malam dan bertemakan Tradisional Melayu.

Majlis yang gemilang ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato Rosthman Bin Ibrahim, Managing Director LaCrista Hotel, juga Penasihat Industri Politeknik Melaka.

Objektif majlis ini diadakan adalah untuk mengiktiraf kejayaan siswa siswi dalam pelbagai kategori serta bidang, memberi galakkan kepada siswa siswi untuk meningkatkan lagi daya usaha untuk meningkatkan prestasi  serta membentuk keyakinan siswa siswi untuk bergiat aktif dalam pelbagai bidang.

KATEGORI ANUGERAH                                                                                  

Anugerah Kesukarelawan

Anugerah Kebudayaan Dan Warisan

Anugerah Olahragawati Harapan

Anugerah Usahawan Muda

Anugerah Usahawan Pelajar

Anugerah Pelajar Aktif Jabatan

Anugerah Khas Juri

Anugerah Emas

Anugerah Program Pelajar Terbaik

Anugerah Jabatan Tertinggi Mengundi

Anugerah Kepimpinan

Anugerah Kecemerlangan Akademik

Anugerah Bitara

Anugerah Jabatan Aktif Keusahawanan

Anugerah Jabatan Aktif Kesukarelawan

Anugerah Jabatan Unggul

Penerima Anugerah Bitara telah diungguli oleh Saudari Nur Aidilia Maisara binti Rodi Darwadi dari Jabatan Perdagangan manakala Anugerah Jabatan Paling Unggul sesi I dan sesi II 2022/2023 telah dinobatkan kepada Jabatan Kejuruteraan Elektrik.

Pemenang Anugerah telah menerima sebuah trofi, sijil penghargaan serta voucher penginapan 2 hari 1 malam di LaCrista Hotel yang ditaja oleh Dato Rosthman Bin Ibrahim.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.