Sumber berita - Puan Reni Suriani binti Hashim

23 Mei 2023 (Selasa) - Program Hari Kerjaya Politeknik Melaka Sesi II 2022/2023 telah berlangsung pada 23 Mei 2023 bertempat di Dewan Serbaguna PMK.
 
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Sr, Haji Razali bin Johari, Pengarah Politeknik Melaka.
 
 
 
 
   
 
 
 
Program ini telah mendapat sambutan daripada UTeM, UMP, UNIKL, University Of Cyberjaya, PERKESO Melaka, MSU dan UKM manakala temuduga telah dijalankan oleh Taman Sari Legacy Sdn. Bhd. Taklimat, pameran dan temuduga yang dijalankan adalah sebagai satu platform maklumat tambahan kepada pelajar semester akhir yang bakal menjadi graduan tidak lama lagi.
 
Program ini adalah anjuran Unit Kerjaya (CISEC) dengan kerjasama semua Jabatan Akademik PMK (JKA, JKE, JKM dan JP)