Sumber berita : Puan Reni Suriani binti Hashim
 
23 Mei 2023 (Selasa) - Pelancaran dan Perasmian buku Career Pathway for Students & Graduates telah disempurnakan oleh Sr. Hj. Razali bin Johari, Pengarah Politeknik Melaka.
 
Pelancaran dan Perasmian buku Career Pathway ini telah diadakan sempena Perasmian Penutup Hari Kerjaya Politeknik Melaka Sesi II 2022/2023 pada 23 Mei 2023 di Dewan Serbaguna PMK.
 
 
 
 
 
 
 
 
Buku Career Pathway for Students & Graduates ini adalah untuk pelajar Semester Akhir sebagai panduan sebelum dan selepas mereka tamat belajar nanti. Pelbagai maklumat seperti tempat menjalani Latihan Industri, peluang pekerjaan dan tempat menyambung pengajian selain aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh jabatan masing-masing ada di dalam buku tersebut.
e-book tersebut juga boleh dilihat pada pautan seperti berikut : https://polimelaka.mypolycc.edu.my/