10 Mei 2023 - Politeknik Melaka. Pujangga ada berkata, "1 big step, starts with 1 small step. Satu babak permulaan telah pun dilalui dengan Sesi 'External Examiner' oleh Dr.Ruzaidi bin Ramli , mantan Ketua Jabatan Fakulti Pembuatan, UTEM. Sesi semakan program Diploma Kejuruteraan Mekanikal dimulakan dengan pembentangan 7 Criterion yang telah disediakan oleh Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan dibantu oleh Unit² Sokongan PMK.Seterusnya ialah sesi temubual bersama 9 orang  pelajar dari setiap semester. Diikuti dengan sesi temubual bersama 4 orang pensyarah mengikut kursus terpilih. Sesi lawatan ke Unit Peperiksaan serta 5 buah bengkel dan makmal melengkapkan jadual pemeriksaan oleh Dr. Ruzaidi pada hari ini. Dalam sesi penutupan kami dimaklumkan ada beberapa ruang penambahbaikan yang perlu dilakukan sebelum audit ETAC sebenarnya akan berlaku dijangka pada Ogos hingga Oktober. Timbalan Pengarah, Puan Hajjah Normala berbesar hati turut bersama meluangkan masa sepanjang proses, malah turut juga membantu menjawab persoalan yang dibangkitkan kepada kami warga Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Semuga apa yang diusahakan pada hari ini akan diteruskan dan Program DKM dapat melalui cabaran yang lebih getir iaitu Audit ETAC tidak lama lagi.

JKM LIKE NO OTHERS