Sabtu 20 Mei 2023 – Sebuah program kesukarelawanan bagi pembersihan Pantai Puteri telah dilaksanakan dengan melibatkan seramai 18 orang pelajar Jabatan Perdagangan dan beberapa pelajar daripada Jabatan Kejuruteraan serta seorang pensyarah pengiring. Program ini merupakan suatu initiatif yang telah dilaksanakan oleh Biro Kesukarelawanan (CSR), Commerce Department Society (CODES) bagi menjaga kebersihan pantai dan seterusnya memupuk perasaan sayangi alam sekitar.

Pasukan CSR CODES telah berjaya membersihkan pantai dengan mengutip sampah sarap sepanjang persisiran Pantai Puteri. Sampah-sampah yang dikutip dibawa pulang ke PMK bagi proses pelupusan yang sebaiknya. Sampah-sampah berbentuk plastik seperti botol-botol dan bekas-bekas makanan dimasukkan ke dalam tong kitar semula. Para pelajar menunjukkan minat yang sangat baik dalam aktiviti berbentuk penjagaan kebersihan alam sekitar ini.

Semoga usaha seperti ini dapat dijalankan dengan lebih baik pada masa akan datang.

 

Sumber – Cik Nur Izzatie Husna binti Zawawi