13 Mei 2023 - Bagi meningkatkan kesedaran tentang menjaga kesihatan, Unit Psikologi dan Pembimbing Rakan Siswa (PMK) telah menganjurkan Program 2 in 1 Sports Tournament Futsal dan Badminton. Program ini telah dilaksanakan pada 13 Mei 2023 bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Krubong.

 Peserta-peserta adalah terdiri dari pelajar di setiap jabatan. Manakala, jawatankuasa program ini adalah terdiri dari barisan Jawatankuasa PRS.

 Antara objektif program ini selain memberi kesedaran kepentingan bersenam adalah meningkatkan hubungan interaksi pelajar di antara jabatan serta pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat.

 Program Program 2 in 1 Sports Tournament Futsal dan Badminton telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pembangunan Pelajar, Politeknik Melaka iaitu Pn. Zeyana binti Abdullah dan turut dihadiri oleh Pegawai Belia & Sukan, Politeknik Melaka iaitu En. Hafeez.

 Program ini juga dapat membantu pelajar dalam mempelajari dalam menguruskan sesuatu program dari awal hingga akhir serta membuka minda yang sihat kepada Pembimbing Rakan Siswa yang terlibat serta lebih bersemangat dalam meningkatkan diri dalam pengurusan program akan datang. Hasil daripada program ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri serta mengenalpasti bakat individu yang terpendam dalam kalangan pelajar Politeknik Melaka.

 

Laporan disediakan oleh:

Unit Psikologi

Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar

Politeknik Melaka