5 Mei 2023, Melaka : Satu lawatan penanda aras SMK Klebang Besar ke Politeknik Melaka serta perbincangan perjanjian persefahaman kolaborasi telah diadakan pada 5 Mei 2023. Lawatan dihadiri oleh 4 orang guru dan diketuai oleh Pengetua SMK Klebang Besar iaitu Tn.Hj.Azman bin Mohamed Dum. Perbincangan persefahaman adalah dengan misi Pendidikan berkualiti, insan terdidik negara sejahtera dan dengan tujuan utama untuk mempromosikan Politeknik Melaka kepada murid SMK Klebang Besar disamping kerjasama dalam perkongsian ceramah motivasi, pertukaran ilmu pengetahuan terutamanya dalam kejuruteraan dan perakaunan. Semoga usaha ini dapat memajukan pihak PMK dan SMK Klebang Besar dalam usaha menghasilkan graduan TVET berkualiti.