Credit: Pn Yuhani binti Jami'an

Politeknik Melaka, 5 April 2023 – Program Bubur Manis merupakan program yang julung kali dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kejuruteraan Awam dan Kejuruteraan Meknikal. Di dalam program ini terdapat penglibatan Jawatankuasa Pelajar CESAC dan MESAC dengan dibantu oleh para pensyarah dan staf dari kedua-dua jabatan ini. Program ini bertambah meriah dengan adanya kerjasama bersama PUSPANITA PMK disamping ahli Persatuan Pelajar bersama pensyarah-pensyarah lainnya yang berkumpul bersama-sama bergotong-royong bagi menjayakan projek membuat Bubur Manis terdiri dari JKA – Bubur Kacang Hijau dan JKM – Bubur Pulut Hitam ini. Persiapan awal telah dibuat dengan membeli barangan keperluan hasil sumbangan kakitangan JKA dan JKM serta warga PMK.

Segala peralatan memasak telah dipinjamkan oleh Surau Gadong Perdana dan Surau Pokok Mangga menunjukkan betapa keprihatinan dan eratnya kerjasama yang dijalin di antara pihak Polimelaka dengan komuniti setempat. Tidak ketinggalan juga, warga kerja PMK ini berkumpul bergilir-gilir mengikut kelapangan masa masing-masing daripada pagi sehingga petang iaitu ketika proses bahan mentah disediakan sehinggalah kepada pembuatan bubur dan akhirnya pembungkusan dan pengagihan kepada warga PMK. Sebanyak 1200 bungkus dapat diagihkan iaitu sekitar 1000 bungkus Bubur Pulut Hitam dan 200 Bubur Kacang Hijau dapat dihasilkan. Keseronokan dan kegembiraan yang sukar diungkap dengan kata-kata tergambar di wajah masing-masing walaupun kepenatan, tetapi rasa dapat berkongsi sesuatu di bulan yang mulia ini menjadikan satu kepuasan dan kesyukuran kepada mereka.

Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi dan dikekalkan demi sebuah ikatan ukhwah di kalangan staf, pelajar dan warga Politeknik Melaka.

 

Kegembiraan terpancar di wajah masing-masing sambil menyiapkan bahan-bahan 

 

Para Chef Professional PMK bergabung sekali lagi dan beraksi memasak Bubur Manis sempena Program Bubur Manis Ramadhan 2023