Written by Nor Suriati Binti Jamaludin

Melaka, 14 April 2023 – Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam (JPPI) dengan kerjasama Jabatan Pengajian Am Politeknik Melaka telah menyampaikan Sumbangan Ramadhan dalam bentuk wang ringgit ke Rumah Anak-anak Yatim/Miskin Sultan Shalahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka. Terdapat kira-kira 31 orang anak-anak yatim/miskin yang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja lelaki di rumah ini.

Sumbangan Ramadhan ini telah disampaikan oleh Timbalan Presiden (1) Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam (JPPI) Politeknik Melaka, Nik Amiruddin Bin Amri kepada Penyelia Rumah Anak-anak Yatim/Miskin Sultan Shalahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Puan Raziah. Sumbangan ini merupakan hasil sumbangan daripada para pelajar dan staf Politeknik Melaka serta individu lain. Akhir kata, diharapkan agar  sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban anak-anak yatim/miskin di sini.