Written by Nor Suriati Binti Jamaludin

Melaka, 10 April 2023 – Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam (JPPI) dan Jabatan Pengajian Am dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar  telah berjaya menganjurkan  Majlis Khatam Al-Quran, Program Iftar dan Tarawih PMK 2023 bertempat di Dewan Serbaguna Politeknik Melaka. Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran di kalangan pelajar dan pensyarah PMK tentang kelebihan beramal di bulan Ramadhan, menambah amal ibadah di bulan Ramadhan melalui khatam Al-Quran dan terawih serta mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pelajar dan pensyarah PMK melalui  program iftar beramai-ramai.

Majlis diserikan dengan kedatangan Tuan Pengarah PMK, Sr. Hj. Razali bin Johari dan Timbalan Pengarah 2, Ts. Abd. Halim Bin Mahat. Majlis dimulakan pada jam 6.15 petang dengan Majlis Khatam Al-Quran diikuti oleh ucapan daripada Tuan Pengarah dan Solat Maghrib secara berjama’ah juga Program Iftar secara beramai-ramai. Selepas itu, majlis diteruskan pula dengan Solat Isyak dan Solat Tarawih secara berjama’ah. Solat Isyak dan Tarawih telah diimamkan oleh Tuan Pengarah sendiri. Majlis tamat pada jam 9.40 malam.  Seramai 80 orang pelajar dan staf Politeknik Melaka telah terlibat dalam majlis ini.

Secara keseluruhannya, majlis ini telah berjalan dengan lancar dan objektif majlis ini telah tercapai dengan jayanya seperti yang dirancang.