Written by Nor Suriati Binti Jamaludin

Melaka, 13 April 2023 – Jabatan Pengajian Am Politeknik Melaka dengan kerjasama Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam (JPPI) Politeknik Melaka telah berjaya menganjurkan Program Tazkirah Ramadhan yang bertajuk ‘Memburu Lailatul Qadr’ bertempat di Dewan Kuliah (2) Politeknik Melaka. Antara objektif program ini diadakan adalah  memberi kefahaman kepada  semua warga Politeknik Melaka tentang keistimewaan malam Lailatul Qadar, memberi pendedahan kepada semua warga Politeknik Melaka mengenai amalan-amalan yang boleh dilakukan di bulan Ramadhan terutamanya pada malam 10 terakhir Ramadhan, menyuntik semangat dalam diri warga Politeknik melaka untuk memperbanyakkan amalan terutamanya dalam bulan Ramadhan, dan merapatkan hubungan silaturrahim antara  semua warga Politeknik Melaka.

 Program bermula pada jam 2.30 petang dengan bacaan doa oleh Presiden Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam (JPPI) Muhammad Aiman Hariz Bin Mohd Zamzuri. Diikuti pula oleh program tazkirah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Noorkhairan Bin Nordin dari Kolej Komuniti Kota Melaka. Program ini tamat pada jam 3.40 petang. Seramai 60 peserta yang terdiri daripada pelajar dan staf Politeknik Melaka telah hadir dalam program ini. Melalui program ini, peserta dapat mengetahui tentang pelbagai kelebihan malam Lailatul Qadr. 

Secara keseluruhannya, program tazkirah ini telah berjalan dengan lancar dan objektif program ini telah tercapai dengan jayanya seperti yang dirancang.