(Ditulis Oleh :  Azaliza Binti Baharom)

Politeknik Melaka, 13 April 2023 – Fadhilat bersedekah pada 20 Ramadhan direbut oleh pelajar DJK2B apabila 15 orang pelajar DJK2B Jabatan Kejuruteraan Elektrik berjaya menyediakan 200 keping Roti John dan diedarkan kepada pelajar PMK secara percuma. Roti John ini disediakan sendiri oleh pelajar kelas DJK2B yang merupakan pelajar Penasihat Pn.Widyawati Binti Misran. Sukarelawan mula menjalankan aktiviti penyediaan Roti John seawal jam 2.00 petang dan selesai sepenuhnya pada jam 4.45 petang. Kos perbelanjaan bahan keperluan Roti John ini merupakan sumbangan beberapa orang staf PMK.

Semoga program ini dapat memberi impak yang besar kepada pelajar yang terlibat dimana sukarelawan DJK2B di mana mereka dapat mempelajari pengurusan kewangan, pengurasan masa, mengamalkan nilai-nilai kerja berpasukan, kepimpinan dan komunikasi berkesan. Diharap program ini dapat diteruskan memandangkan aktiviti ini dapat mengimarahkan bulan Ramadhan di samping meningkatkan nilai murni dalam diri para sukarelawan.