Selamat Datang ke

POLITEKNIK
MELAKA

Peneraju Institusi TVET Yang Unggul

Hubungi Kami

(Ditulis Oleh : Azaliza Binti Baharom)

Politeknik Melaka, 11 April 2023 – 20 Ramadhan sangat memberi makna kepada Jabatan Kejuruteraan Elektrik, apabila 14 orang pelajar DJK4C mengimarahkan Surau Kampung Lapan Tengkera dengan aktiviti Gotong-Royong. Gotong-royong ini merangkumi kerja-kerja teknikal bidang kejuruteraan elektrik seperti menservis pendingin udara, penyelenggaraan soket, lampu dan kipas serta menjalankan kerja-kerja pembersihan am luar dan dalam surau tersebut. Semua sukarelawan mula menjalankan aktiviti gotong-royong seawal jam 5.00 petang dan berhenti pada jam 6.45 petang bagi memberi laluan kepada pelajar untuk persiapan diri untuk berbuka puasa.

Selain itu, program ini juga berjaya menyediakan juadah berbuka puasa dan moreh hasil sumbangan warga PMK yang budiman kepada hampir 70 orang jemaah termasuk pasukan sukarelawan DJK4C. Semoga program ini dapat memberi impak yang besar kepada yang terlibat serta dapat merapatkan ukhwah bersama penduduk Kampung Lapan Tengkera ini. Diharap program ini dapat diteruskan memandangkan pelbagai elemen pembangunan yang melibatkan komuniti  digabungkan bagi peningkatan ilmu, kemahiran dan sahsiah para pelajar sukarelawan.

Ikuti Kami

Berita PMK

Capaian Popular

Akses pantas kepada sistem, perkhidmatan, maklumat dan sumber digital Politeknik Melaka.

Ke Atas